Mayat seorang lagi kru kapal karam di Batang Igan ditemukan

Spread the love

SIBU, 27 Jun : Mayat seorang lelaki dipercayai salah seorang daripada dua mangsa hilang dalam kejadian kapal pengangkut pasir karam di Sungai Batang Igan ditemukan petang tadi.

Mangsa dikenalpasti sebagai Pieng Ti Ling ,23, dijumpai pada jarak kira – kira lima meter dari Jeti KTS pada pukul 2.26 petang.

Baca > > > Kapal karam di Batang Igan, tiga selamat, dua lagi masih hilang

Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Penguasa Kanan 1, Janggan Muling berkata, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dijalankan oleh unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bersama Pasukan Polis Marin (PPM) melibatkan kawasan sejauh dua kilometer (km) dari lokasi karam itu.

Sehingga kini, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan seorang lagi kru warga Indonesia yang dikenali sebagai Chipy ang dipercayai masih terperangkap dalam kabin kapal itu.

Dalam tragedi itu awal pagi semalam, tiga kru kapal yang terselamat ialah Ngu Soon Hock, Lee Sia Kong dan Mohd. Taufik Abdullah manakala dua hilang. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.