UNIMAS anjur konvokesyen khas untuk graduan 2020

Spread the love

KUCHING, 26 Jun : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Komemoratif bagi meraikan graduan yang tamat pengajian pada 2020 lalu.

Pendaftar UNIMAS, Azlan Ramli berkata, majlis itu diadakan khusus bagi meraikan graduan sidang berkenaan secara fizikal kerana ketika itu acara dilangsung secara dalam talian akibat ancaman COVID-19.

Katanya, lebih 3,000 graduan berjaya menamatkan pengajian masing – masing ketika itu namun tidak berpeluang memakai jubah konvokesyen seperti kelaziman.

“Ini merupakan cara UNIMAS untuk menghargai penat lelah dan keringat para pelajar selama mereka menuntut ilmu di UNIMAS,” katanya.

Majlis itu akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 sehingga 29 Jun di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra, UNIMAS.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.