Tauke kedai ditahan miliki lapan laras senjata api tiruan

Spread the love

KUCHING, 26 Jun : Seorang pemilik kedai di sebuah pusat membeli belah di Jalan Song di sini, ditahan polis selepas dipercayai menyimpan lapan laras senjata tiruan.

Menerusi pemeriksaan yang dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, suspek turut dikesan menyimpan 101 amunisi pelbagai jenis yang disyaki menyalahi undang – undang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek ditahan kira – kira pukul 4.20 petang kelmarin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5 ribu atau kedua-duanya sekali,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.