Kapal karam di Batang Igan, tiga selamat, dua lagi masih hilang

Spread the love

SIBU, 26 Jun : Tiga mangsa disahkan selamat dalam insiden kapal pengangkut pasir karam di Sungai Batang Igan, Kampung Bungan Kecil, awal pagi tadi.

Mangsa ketiga yang selamat dikenali sebagai Mohd. Taufik berusia dalam lingkungan 50-an.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia Zon 4 Sarawak, Penguasa Kanan I, Janggan Muling berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menerima panggilan orang awam mengenai kejadian pada 6.05 pagi tadi.

“Mangsa berjaya berenang menyelamatkan diri tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi TVS.

Dua lagi yang selamat dikenali Ngu Soon Hock, 50-an dan Lee Sia Kong, 40-an manakala dua lagi masih hilang,” katanya ketika dihubungi TVS.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 9.20 pagi itu dijalankan pada radius 200 kaki dari lokasi kejadian.

“Kami juga telah mengerahkan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Merah untuk membantu operasi.

Katanya, sehingga pukul 5 petang tadi, pasukan SAR masih belum menemui sebarang petunjuk dua anak kru kapal yang masih hilang.

Kedua-dua mangsa yang masih hilang itu merupakan seorang lelaki tempatan dan warga Indonesia.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.