Dua maut dalam tembakan di kelab malam Norway – Polis

Spread the love

NORWAY, 26 Jun : Dua maut manakala 14 orang lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kelab malam berhampiran Oslo, semalam.

Reuters yang memetik polis tempatan melaporkan, suspek berjaya ditahan hanya beberapa minit selepas melakukan ‘serangan’ itu.

Polis ketika masih tidak jelas motif kejadian yang berlaku di London Pub, yang merupakan pub popular untuk kumpulan gay di bandar berkenaan.

Suspek juga dilaporkan tidak bekerjasama dalam proses soal siasat oleh polis.

Oslo dijadualkan mengadakan perarakan Pride tahunan semalam, selepas Norway baru- baru ini memansuhkan undang – undang yang menganggap  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai jenayah. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.