APMM gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi ke luar negara

Spread the love

SANDAKAN, 26 Jun : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak masa paket bersubsidi ke luar negara semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd. Zuki berkata, pasukannya yang melaksanakan Op Pluto Timur mengesan sebuah bot berdaftar atas lesen perikanan yang ditambat pada batang pokok bakau berhampiran Sungai Besar Tanjung Aru, pada pukul 12.20 tengah hari.

Katanya, bot yang ditemui tanpa pemilik itu dipercayai dibiarkan di kawasan itu setelah menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang melakukan rondaan di kawasan sekitar.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu membawa muatan 18 kotak besar berisi 305 paket minyak masak satu kilogram (kg) bersubsidi dan disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran,” katanya.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk minyak masak bersubsidi, bot dan enjin sangkut mencecah RM21,000.

Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.