SEB iktiraf kontraktor praktis HSE untuk kelestarian

Spread the love

KUCHING, 25 Jun : Sarawak Energy Berhad (SEB) mengiktiraf kontraktor cemerlang dalam aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datu Sharbini Suhaili berkata, pengiktirafan yang diberikan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan organisasi itu untuk menyemai kecemerlangan HSE di semua tapak projek milik mereka di Sarawak.

Ujar beliau, pemilihan penerima dibuat berdasarkan tahap kepatuhan terhadap HSE semasa beroperasi dan inisiatif tambahan yang diambil dalam penjagaan alam sekitar.

“SEB menyeru agar kontraktor yang terlibat dengan projek kami untuk terus mengekalkan standard HSE yang ditetapkan bagi mengekalkan imej syarikat dan Sarawak kepada pihak luar.  

“Kami memerlukan kontraktor untuk terus meningkatkan dan mengekalkan piawaian HSE yang tinggi untuk terus berkembang di peringkat antarabangsa dan serantau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kontraktor Dalam Aspek Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) 2022 di Hotel Pullman,Kuching, malam tadi.

Ujar beliau lagi, pematuhan syarikat kontraktor terhadap HSE juga selari dengan seruan Kerajaan Sarawak yang tidak mahu meminggirkan aspek keselamatan di tempat kerja dengan menekankan konsep sifar kemudaratan kepada pekerja.

“Ini penting ketika negeri ini sedang rancak dengan projek pembangunan,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.