Pandelela ketuai cabaran kem terjun negara pada Kejohanan Dunia di Hungary

Spread the love

KUCHING, 25 Jun : Ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong akan mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Piala Dunia FINA di Budapest, Hungary.

Pandelela bersama pasukan terjun kini berada di negara berkenaan sejak minggu lepas untuk menyertai acara terjun yang menawarkan 10 pingat emas keseluruhan.

Mengikut rasmi web rasmi pertandingan, pemenang pingat gangsa dan perak Sukan OIimpik itu akan memulakan aksi kelayakan dalam acara 10 meter platform pada pukul 6 petang esok.

Pada tahun lepas ketika kejohanan berlangsung di Jepun, Pandelela berjaya menang pingat emas acara berkenaan.

Menerusi hantaran di Instagram, penerjun kelahiran Bau, Sarawak itu berkata, dia gembira kerana berpeluang untuk terbang ke luar negara bagi menyertai kejohanan dunia.

Seorang lagi wakil negara dalam acara berkenaan ialah Nur Dhabitah Sabri.

Sementara itu, Malaysia juga akan cuba memberi saingan dalam lima acara lagi membabitkan 10 meter platform lelaki, tiga meter papan anjal lelaki,10 meter terjun seirama lelaki dan wanita dan 10 meter terjun seirama.

Selain Pandelela dan Nur Dhabitah, pasukan negara turut dibarisi Jellson Jabilin, Ng Yan Yee, Ong Ker Ying, Hanis Jaya Surya, Muhammad Syafiq Puteh, Chew Yi Wei, Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.