Mangsa korban banjir Bangladesh meningkat kepada 73 orang

Spread the love

DHAKA, 25 Jun : Jumlah kematian akibat banjir di Bangladesh meningkat kepada 73 orang dengan lima orang dilaporkan terkorban dalam tempoh 24 jam lepas, kata pegawai pada Jumaat.

Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin buruk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.

Sebanyak 49 kematian akibat lemas manakala selebihnya maut antaranya disebabkan disambar petir, dipatuk ular, cirit-birit, penyakit kulit dan tanah runtuh.

Banyak kawasan masih ditenggelami air dan berjuta-juta penduduk di kawasan terpencil terkandas termasuk kanak-kanak dan warga emas ketika menunggu untuk mendapatkan barangan bantuan, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan Pesuruhjaya Sylhet, Md. Mojibur Rahman berkata kerajaan telah memperuntukkan bantuan mencukupi untuk mereka yang terjejas, sambil menambah disebabkan gangguan komunikasi, beberapa penduduk yang terkandas di kawasan terpencil tidak dapat dihubungi.

Sehingga kini, banjir yang semakin buruk itu telah menjejaskan 13 daerah di Bangladesh, memusnahkan banyak kawasan pertanian dan menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang — kebanyakannya sebelum ini pernah ditimpa banjir besar pada bulan lepas. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.