Kilat Boy Sarawak mara final Tinju Perlis Golden Glove 2022

Spread the love

KUCHING, 25 Jun : ‘Kilat Boy Sarawak’, Daeloniel McDelon berpeluang meraih gelaran keduanya dalam tempoh kurang sebulan apabila melangkah ke final Kejohanan Tinju Perlis Golden Glove 2022.

Pada separuh akhir semalam, Daeloniel menewaskan wakil Wilayah Persekutuan Putrajaya, Alif Akmal bagi kategori 57 kilogram (kg) di Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Petinju kelahiran Sri Aman itu berkata, dia gembira apabila mara ke final kali keduanya pada bulan ini.

“Saya menang menerusi kiraan mata. Perlawanan yang sengit namun saya berjaya mengekalkan fokus untuk memastikan kemenangan dalam genggaman.

“Untuk final nanti, saya akan membuat persiapan rapi terutamanya membabitkan aspek taktikal,”katanya kepada TVS.

Daeloniel akan membuat perhitungan kejuaraan dengan petinju Majlis Sukan Negara (MSN) , Sheikh Rahmatullah Ibrahim yang menewaskan Ismail Zaman Shah dari Johor dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada 12 Jun lepas, Daeloniel berjaya menewaskan petinju tuan rumah, Sikender Abbasi menerusi pukulan technical knock out (TKO) pada Kejohanan Tinju Profesional Pakistan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.