Kajian komersialkan Alga diketahui dalam tempoh enam bulan

Spread the love

KUCHING, 25 Jun : Keputusan kajian mengkomersialkan bahan api berasaskan alga yang dilakukan Sarawak dijangka akan diperolehi dalam tempoh enam bulan akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyelidikan terperinci itu sedang dilakukan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi merealisasikan hasrat negeri ini untuk membangunkan tenaga lestari.

“Jika penyelidikan itu berhasil, kita akan bergerak ke arah usaha untuk memasarkan secara meluas dengan harga berpatutan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Negeri Sarawak 2022 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, tumbuhan alga diketahui boleh digunakan sebagai pengeluaran bahan api penerbangan mapan (SAF) dan Sarawak harus memanfaatkan peluang berkenaan.

“Melalui proses pengekstrakan, minyak boleh dikeluarkan daripada alga sekali gus digunakan sebagai bahan bakar,”katanya.-TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.