Wartawan TVS menang Anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail

Spread the love

KUCHING, 24 Jun : Wartawan TVS, Salasiah Safian mencatat sejarah sebagai pemenang pertama daripada syarikat media ini yang merangkul trofi pada Malam Wartawan Malaysia 2021 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Salasiah, 29, yang juga penyampai berita di stesen ini menang Anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail menerusi laporannya bertajuk Kerbau Maragang Lawas, Pusuk Lawas dan Potensi Lawas Sebagai Destinasi Perlancongan yang disiarkan pada Disember tahun lepas.

Katanya, dia berkongsi kejayaan itu dengan seluruh pasukan di bilik berita TVS yang memberi sokongan dan bimbingan ketika menyempurnakan tugasan berkenaan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak tahun lepas.

“Alhamdulillah ini menunjukkan wartawan TVS juga mampu bersaing dan mengorak langkah dalam industri penyiaran,” katanya.

Pada masa sama, Salasiah juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Media Group (SMG), Suhaimi Sulaiman yang banyak memberi tunjuk ajar.

Salasiah menerima anugerah berkenaan daripada Mohd. Faiza Zakaria, pemenang Anugerah Kajai 2004.

Delegasi TVS ke majlis berkenaan turut disertai oleh Pengarah Eksekutif SMG, Sarbini Hamdan, Suhaimi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Zulkapli. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.