Sarawak tinjau peluang kerjasama dengan Australia

Spread the love

KUCHING, 24 Jun : Sarawak berhasrat untuk menjalinkan kerjasama erat dalam pelbagai sektor dengan Australia bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelbagai peluang kerjasama boleh dirangka antara Sarawak dan Australia kerana kedua-duanya mempunyai banyak persamaan termasuk kaya dengan sumber asli.

Katanya, Sarawak berhasrat untuk menjadi masyarakat yang berkembang maju di mana semua rakyatnya menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran mampan yang diterajui oleh data dan inovasi menjelang 2030.

“Ini adalah pelan penting yang melakarkan hala tuju Sarawak.

“Kerajaan negeri memfokuskan kepada enam sektor ekonomi iaitu pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Awang Tengah yang ketika ini berada di Australia untuk lawatan kerja turut membuat kunjungan hormat kepada Menteri Kewangan, Hal Ehwal Orang Asli, Perlumbaan dan Permainan, Kewarganegaraan dan Kepentingan  Pelbagai Budaya Australia, Dr Toni Buti, di Dewan Parlimen Australia.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Datu Abdullah Zaidel. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.