Program jalinan kasih erat hubungan banduan dan keluarga

Spread the love

BINTULU, 24 Jun : Program Jalinan Kasih anjuran Pusat Koreksional Bintulu Sarawak (PKBS) yang dilihat sebagai satu medium dan usaha pihak Jabatan Penjara Malaysia mengeratkan hubungan antara banduan dan keluarga mereka.

Pengarah PKBS, Walace Nawon berkata, meskipun para banduan sedang menjalani hukuman di penjara, namun ia tidak menjadi halangan untuk ahli keluarga pesalah yang sedang menjalani hukukam untuk berjumpa dan beramah mesra.

“Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga terhadap pesalah-pesalah ini sangat penting dalam usaha membina kembali jati diri pesalah dan keyakinan mereka apabila berhadapan dengan masyarakat setelah mereka dibebaskan kelak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jalinan Kasih peringkat PKBS, di sini hari ini.

Majlis itu melibatkan seramai 10 orang banduan yang menjalabni hukuman lama dan sembilan keluarga banduan telah hadir memeriahkan majlis itu.

Program yang merupakan acara tahunan ini  dianjurkan kembali setelah lebih dua tahun dibatalkan akibat penularan COVID-19.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.