Operasi tiga hari Polis Sarawak tahan 391 individu disyaki terlibat dadah

Spread the love

KUCHING, 24 Jun : Polis Sarawak berjaya menahan seramai 391 individu di seluruh negeri kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, Menerusi Op Tapis Khas Siri 4 yang telah dijalankan selama tiga hari bermula pada 21 Jun hingga semalam, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM122,310.

Katanya, kesemua yang ditahan berumur dalam lingungan 16 hingga 64 tahun.

“Rampasan dadah dengan nilai tertinggi dilakukan di Sibu membabitkan jumlah RM91,048, diikuti Kuching sebanyak RM8,940,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut merampas dadah bernilai RM5,955 ketika operasi sama dilancarkan di Kapit.

“Mereka yang ditahan termasuk tokan ini disyaki terlibat dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. –TVS

Tags: dadah

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.