Kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ diharap dapat tingkat eksport halal negara

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Jun : Kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ diharap dapat meningkatkan eksport halal negara, selain menarik lebih banyak pelaburan langsung ke dalam industri halal sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kempen itu bertujuan membantu usahawan tempatan terutama daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam meningkatkan jualan produk mereka.

“Kempen tiga bulan yang bermula pada hujung April ini bukan sahaja membantu industri PMKS, malah ia juga menggalakkan pengguna Keluarga Malaysia untuk memilih produk yang ‘halalan toyyiban’ untuk kegunaan harian mereka.

“Kementerian Wilayah Persekutuan menyambut baik kempen sebegini dan meminta lebih banyak pasar raya besar, pasar raya atau mana-mana outlet yang berada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk bersaing secara sihat dalam melakukan kempen menjual barangan halal sebegini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ adalah kerjasama Lulu Hypermarket and Department Store serta Halal Development Corporation Berhad (HDC) yang merupakan satu daripada agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kempen di bawah inisiatif Belanjawan 2022 itu melibatkan gabungan dua program iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS dan Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS. -TVS

Tags: eksport, Halal

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.