Derita pemandu lori ‘ditekan’ Ah Long, pinjam RM2,100 dipaksa bayar RM12,000

Spread the love

SIBU, 24 Jun : Seorang pemandu lori terpaksa menangung beban kewangan apabila terpaksa membayar 10 kali ganda daripada jumlah dipinjamnya daripada skim peminjam tanpa lesen.

Mangsa berusia 39 tahun itu terpedaya selepas tertarik dengan iklan pinjaman wang di Facebook pada Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, lelaki itu yang meminjam RM1,000 terpaksa membayar RM12,000.

Katanya, mangsa menekan pautan laman sosial itu sebelum dia dihubungi oleh seorang lelaki melalui telefon.

“Pengadu yang berminat membuat pinjaman wang sebanyak RM1,000 kemudian diberi sejumlah RM700 setelah bersetuju membayar RM300 setiap minggu sehingga bayaran penuh selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selepas tempoh seminggu kemudian, pengadu telah dihubungi seorang lagi lelaki kerana pengadu gagal membuat bayaran pinjamannya seperti yang dipersetujui.

Katanya, pengadu kemudian ditawarkan membuat dua kali pinjman lagi dengan jumlah dan syarat yang sama.

Secara keseluruhan, pengadu telah menerima wang pinjaman sebanyak RM2,100 dan membuat pembayaran berjumlah RM12,000 ke tiga akaun yang berbeza.

Pengadu yang tidak tahan didesak untuk membuat pembayaran nekad membuat laporan polis.

“Kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjman Wang 1951,” katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.