SME Corp laksanakan program sokong usahawan PKS dan mikro

Spread the love

KUCHING, 23 Jun : Program Minggu Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2022 anjuran SME Corp Malaysia di seluruh negara diadakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan PMKS pelbagai industri.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berkata, program yang bertemakan Mula Berdikit, Azam Melangit pada tahun ini turut dijalankan bersama satu lagi kempen iaitu Sokong Lokal, Sokong PMKS bagi Minggu PMKS 2022.

“Kempen ini adalah bagi menyokong serta menggalakkan orang ramai untuk hadir serta meraikan Minggu PMKS berlangsung dari 10 Jun hingga 4 Julai 2022 di semua negeri.

“Acara kemuncaknya ialah Malaysia Grand Bazar yang akan diadakan di Lalaport Bukit Bintang pada 27 Jun 2022,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Rizal,  aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sewaktu Minggu PMKS termasuklah karnival jualan dan gerai pameran, sesi pemadanan perniagaan dengan jangkaan potensi jualan yang disasarkan sebanyak RM20 juta.

Minggu PMKS 2022 kali ini diadakan bersempena dengan Minggu Usahawan Negara (MUN) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 

Untuk maklumat lanjut mengenai sila layari www.smecorp.gov.my/MSMEweek atau hubungi 1300 30 6000. – TVS

Tags: PMKS, sme corp

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.