Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung di Sungai Rajang

Spread the love

SARIKEI, 23 Jun : Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di tebingan Sungai Rajang berhampiran Terminal Dua, dekat sini, petang semalam.

Mayat tanpa identiti itu dikesan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan kejadian kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Penolong Penguasa Bomba, Mahmudin Narudin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan memaklumkan perkara itu.

“Mayat itu ditemukan dalam keadaan terlentang tanpa pakaian kira – kira empat kilometer (km) dari terminal berkenaan,”katanya.

Beliau berkata, sejurus diangkat, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi itu turut dibantu Lembaga Sungai Sungai Sarawak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.