Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2022 tawar hadiah bernilai RM250 ribu

Spread the love

KUCHING, 23 Jun : Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2022 menawarkan hadih keseluruhan sebanyak RM250 000.

Presiden Persekutuan Wartawan Sarawak (FSJA) Andy Jong Wan Joon berkata, edisi kali mengekalkan 11 kategori yang dipertandingkan antaranya Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti, Anugerah Laporan Kelestarian dan Anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan.

Katanya, kategori lain yang turut membuka penyertaan termasuklah Anugerah Kewartawan (Rencana dan Penulisan Berita), Anugerah Laporan Berita, Anugerah Berita Sukan, Anugerah Ekonomi Digital, Anugerah Kewartawanan Penyiaran, Anugerah Kewartawanan Foto, Anugerah Esei Foto dan Anugerah Premier Sarawak.

“KJA 2022 akan menyaksikan Anugerah Ketua Menteri ditukar kepada Anugerah Premier Sarawak bermula 1 Oktober 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Kunjungan berkenaan juga diketuai tiga wakil penaja lain itu Shell, Petronas dan Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi menjemput Abang Johari sebagai tetamu kehormat pada majlis berkenaan yang dijadualkan pada 9 Disember 2022.

Abang Johari turut menyerahkan cek berjumlah RM100,000 yang merupakan sumbangan Kerajaan Sarawak sebagai penaja utama majlis berkenaan.

Kerajaan Sarawak telah menjadi penaja utama anugerah itu sejak 2015 selain dari penaja Shell, Petronas dan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang masing – masing telah menyumbang RM50,000.

Penyertaan KJA 2022 akan dibuka pada 1 Julai 2022 bagi penerbitan bermula 1 September 2021 sehingga 31 Ogos 2022.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.