Pelumba remaja Malaysia raih emas di India

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 Jun : Pelumba pelapis pasukan trek negara, Nyo Ci Hui, memperagakan kayuhan bertenaga untuk meraih emas dalam acara scratch wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Asia ke-28 di New Delhi, semalam.

Pelumba kelahiran Perak berusia 18 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran daripada lapan pelumba lain untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 7.5 kilometer (km) di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.

Baca >>> Aaron-Wooi Yik sasar gelaran antarabangsa pertama di Terbuka Malaysia 2022

Dalam saingan 30 pusingan itu, pelumba Jepun, Mizuki Ikeda, meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Uzbekistan, Sofiya Karimova.

“Seluruh pasukan berasa sangat gembira dengan pencapaian Nyo kerana kegigihan beliau menjalani latihan dan pada masa yang sama perlu membahagikan masa untuk menduduki peperiksaan SPM yang lepas,” kata pengurus pasukan Mohd Saiful Abdul Jalil ketika dihubungi.

Sementara itu, Yong Ann Tung turut menaiki podium selepas mengatasi pelumba senegara Azwa Nabila Abdullah untuk merebut pingat gangsa dalam acara pecut remaja.

Emas menjadi rebutan pelumba Korea Selatan apabila Na Yunseo mengecewakan Kim Chaeyeon.

Dalam pada itu, skuad lelaki remaja menambah keceriaan kem negara apabila Mohammad Hafiq Mohd Jafri berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara omnium selepas mengumpul keseluruhan 133 mata.

Pingat emas dimenangi oleh pelumba Kazakhstan, Ilya Karabutov, yang memperoleh jumlah 148 mata manakala pingat gangsa menjadi milik Vladislav Troman dari Uzbekistan dengan 126 mata.

Daam tiga perlumbaan omnium iaitu scratch, tempo dan penyingkiran, Mohammad Hafiz mendahului saingan bersama Karabutov dengan mengumpul 114 mata.

Bagaimanapun, pada saingan akhir omnium iaitu perlumbaan mata, beliau terpaksa akur dengan dominasi kayuhan bertenaga Karabutov dan Troman. -TVS

kuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.