Pemegang pas lawatan sosial ditahan cuba sogok polis

Spread the love

KOTA KINABALU, 20 Jun : Seorang lelaki ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sabah selepas cuba merasuah pegawai polis.

Pengarah SPRM negeri, Datuk S. Karunanithy berkata, suspek yang merupakan pemegang pas lawatan sosial bagi pelarian Filipina (IMM13) pada awalnya ditahan oleh polis kerana memandu tanpa lesen.

“Suspek cuba memberikan sogokan sebanyak RM650 kepada anggota polis berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, pemegang pas berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Ujar beliau, penahanan itu merupakan contoh kerjasama membabitkan pihaknya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras gejala rasuah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.