Calon kerusi Parlimen Lanang dan Sibu masih dalam perbincangan

Spread the love

Sibu, 20 Jun: Calon bagi kerusi bagi kerusi Parlimen Sibu dan Lanang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang masih dalam perbincangan.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof Dr. Sim Kui Hian yang juga Presiden SUPP berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Angkat Sumpah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan dan Pelawan serta Majlis Ngiling Bidai 2022 pada Ahad.

Jelasnya, beliau sudah mengadakan berberapa siri perbincangan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya datang kesini (Sibu), sebelum kesini (acara) saya memeriksa jawatankuasa perhubungan parlimen SUPP untuk Lanang dan kemudian saya akan turun memeriksa jawatankuasa parlimen SUPP bandar Sibu.

“Kami telah berbincang dengan Premier beberapa kali. Maksud saya di sini, kami diarahkan untuk mula membuat persediaan,” ujar beliau.

Ketika ditanya mengenai jumlah calon untuk PRU-15 oleh pemberita, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia bergantung kepada cawangan dan sistem pencalonan.

“Sistem kita adalah setiap cawangan akan menominasi seorang calon, kemudian mereka akan dinilai oleh beberapa agensi yang berbeza.

“Kemudian kita akan keluar dengan satu calon kerana hanya satu calon yang akan mewakili GPS,” jelas Dr Sim.

Sebagai rekod, daerah Sibu terdiri daripada dua kerusi parlimen iaitu Lanang dan Sibu.

Kerusi Parlimen Sibu kini disandang oleh Oscar Ling Chai Yew.

Kerusi ini telah dimenangi oleh PartI Tindakan Demokratik (DAP) sejak 2010 ketika Pilihan raya kecil diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Manakala kerusi parlimen Lanang pula dimenangi oleh DAP sejak 2013 oleh Alice Lau Kiong Yieng yang merupakan penyandang kerusi tersebut sehingga kini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.