PBB pinda perlembagaan tubuh Sayap Belia

Spread the love

KUCHING, 19 Jun : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah meminda perlembagaannya pada Perhimpunan Tritahunan Ke-15 parti itu bagi membolehkan penubuhan Sayap Belia.

Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sayap Belia akan menjadi platform untuk golongan muda menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

“Ini adalah platform terbaik untuk kita melatih belia mengenai selok belok budaya politik rasional seperti yang diamalkan PBB,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan perhimpunan parti itu di sini hari ini.

Yang turut hadir dua Timbalan Yang Dipertua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, pindaan ini juga akan membolehkan golongan belia melihat sendiri perubahan pembangunan yang dibawa pentadbiran negeri yang diterajui Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Apabila umur mencecah 28 tahun, mereka mempunyai pengalaman yang luas sekaligus mempunyai ilmu berpolitik yang berhemah,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.