Bonnie raih emas kejohanan terbuka Asia Oceania

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan, hari ini.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 213kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifting www.paralympic.org/powerlifting.

Pada percubaan pertama, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 203kg, diikuti 209kg pada percubaan kedua dalam kejohanan itu yang merupakan antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Persaingan antara enam peserta pada kejohanan itu  menyaksikan atlet dari China, Hu Peng melakukan angkatan 200kg dan Bekzod Jamilov (180kg) dari Uzbekistan masing-masing meraih perak dan gangsa.

Bonnie sebelum ini meraih emas Kejohanan Powerlifting Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, Disember lepas dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lepas. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.