Kenderaan milik Ahli Parlimen Jelutong terlibat kemalangan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Kenderaan jenis Toyota Alphard milik Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Beruntung, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata kemalangan berlaku pada 8.55 pagi dan kesemua enam individu di dalam kenderaan itu termasuk pemandu hanya cedera ringan.

Ahli Parlimen Jelutong berkenaan bagaimanapun tiada dalam kenderaan itu.

Arsad berkata Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis Ford Kuga setelah kedua-dua kenderaan tersebut menukar lorong bagi mengelak sebuah objek besar di atas jalan raya.

“Semua mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu cuai memandu hingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.