IDECS 2022 : DCC Baji Jaya mengadakan Bengkel Mencari Kerja

Spread the love

KUCHING, 14 Jun : Pusat Komuniti Digital (DCC) Baji Jaya telah mengadakan Bengkel Mencari Kerja untuk membantu golongan yang memerlukan pekerjaan dengan menggunakan sistem permohonan kerja atas talian (e-Recuitment) dan sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Menurut pusat berkenaan bengkel tersebut dibahagi kepada dua sesi yang mana sesi pertama adalah khas untuk permohonan kerja dalam talian sahaja.

Dalam sesi tersebut peserta akan diberi penerangan secara ringkas mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan iaitu e-Recuitment dan SPA9 serta cara menggunakan perkhidmatan tersebut sepenuhnya supaya peserta mendapat pekerjaan.

Manakala bagi sesi kedua bengkel tersebut memfokuskan bengkel email secara formal dan tidak formal yang mana peserta akan diajar cara membezakan antara penulisan e-mel formal dan tidak formal secara berkesan supaya senang untuk mencari pekerjaan.

Menurut kenyataan pusat itu lagi selepas selesai dua sesi peserta akan diberi pendedahan terus untuk mempraktikkan pembelajaran yang diajar supaya peserta dapat memahami cara penggunaan dan mengisi sistem pencarian kerja dalam talian.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.