Reman suspek kes rogol 19 tahun lepas disambung tiga hari

Spread the love

PARIT BUNTAR, 13 Jun : Reman terhadap seorang lelaki berkaitan kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas (2003) disambung tiga hari lagi sehingga 16 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat ketika dihubungi berkata perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dilapor, suspek berusia 40 tahun itu sebelum ini telah direman empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Bagan Serai bermula 10 Jun sehingga hari ini.

Polis berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai, Perak selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilapor berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam di sekitar Bagan Serai, Perak pada Khamis.

Menurutnya, hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA), polis percaya dapat menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada 2003 dengan tertangkapnya suspek.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.