Harga tambang baharu feri Labuan bermula 15 Jun

Spread the love

LABUAN, 13 Jun : Harga baharu tambang feri penumpang dari Labuan ke tanah besar Sabah akan mula dilaksanakan bemula 15 Jun kata Ketua Pengawai Eksekutif Labuan Holdings Sdn Bhd selaku Pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Beliau berkata selain daripada semakan semula harga harga tambang dari Labuan ke Menumbok yang telah lama tidak dilakukan, ia juga dilaksanakan bagi menyeragamkan harga tambang RM15 bagi perjalanan dari Menumbok, Sabah ke Labuan.

“Kita akan mula laksanakan tambang feri daripada RM13 ke RM15 bermula 15 Jun,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ridzuan berkata kadar tambang itu sepatutnya dinaikkan pada 2017, namun telah ditangguhkan.

“Kenaikan tambang itu telah diluluskan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah pada 2017, namun tidak dilaksanakan dan ia sebenarnya bukanlah semata-mata kenaikan, tetapi ia lebih kepada penyeragaman,” katanya.

“Kami tidak pernah mengenakan bayaran penggunaan terminal dan surcaj kepada pengembara, walaupun syarikat pengurusan melakukan kerja-kerja pendaftaran penumpang,” katanya.

Namun demikian Ridzuan berkata pengguna pada masa ini hanya perlu membayar 50 peratus daripada harga sebenar kerana adanya subsidi yang diberikan kerajaan bagi perjalanan dua terminal feri Labuan ke Menumbok.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.