Sebanyak 225 Pusingan-P di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo

Spread the love

BINTULU, 12 Jun : Sebanyak 225 pusingan ‘P’ dibina di sepanjang 786 kilometer (km) Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, keputusan membina lebih banyak pusingan berkenaan adalah kerana ianya lebih selamat berbanding pusingan ‘U’.

Katanya, kementerian telah mengkaji pelbagai kemungkinan terutamanya sikap pemandu yang cenderung memandu secara laju di lebuhraya menyebabkan aspek keselamatan perlu ditingkatkan.

“Di Sarawak, kita biasa dengan pusingan ‘U’ namun bila Pan Borneo ini siap, kenderaan akan laju.

“Kalau hendak melakukan pusingan ‘U’, perlu masuk lorong paling kanan sekaligus menyebabkan aliran trafik perlahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Jelajah FTRoadpedia Sarawak yang berakhir semalam.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak turut mengadakan demonstrasi cara melakukan pusingan ‘U’.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari Facebook Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.