Indonesia Masters 2022 : Beregu wanita Malaysia kandas di separuh akhir

Spread the love

JAKARTA, (INDONESIA) 11 Jun : Pemain badminton beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah terkandas pada separuh akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2022 di tangan wakil tuan rumah, Apriani Rahayu dan Siti Fadia di Stadion Istora Senayan hari ini.

Menerima tentangan sengit lawan pada set pertama, gandingan itu mempamerkan ketahanan kental apabila menang set pertama dengan keputusan 23-21.

Bagaimanapun, pemain ranking ke-10 dunia itu mula longlai pada set kedua apabila tewas dengan keputusan 14-21 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Set ketiga segalanya tidak menjadi apabila gandingan Indonesia yang berada di ranking keenam dunia dilihat lebih menguasai permainan dan berjaya menamatkan permainan dengan 14 -21 dalam aksi keseluruhan selama 75 minit.

Ditemui TVS selepas perlawanan, pasangan itu yang merupakan wakil tunggal Malaysia di peringkat separuh akhir memberitahu, mereka sudah sedaya upaya untuk menyaingi lawan namun permainan tidak menjadi dalam dua set terakhir.

“Kami akui kehebatan pemain lawan hari ini yang beraksi lebih baik,”kata Pearly.

Thinaah pula menambah, perlawanan hari ini menjadi pengalaman berguna untuk beraksi pada kejohanan seterusnya.

“Hari ini banyak kesilapan dan harap tidak akan diulangi pada masa depan,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.