Andrew Loh berbaju Melayu ketika bergraduasi di Universiti Harvard

Spread the love

kredit gambar : Andrew Loh

KUCHING, 10 Jun : Pelajar Malaysia, Andrew Zhu An Loh, menarik perhatian warganet apabila menggayakan baju Melayu pada hari konvokesyennya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat baru – baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook, pelajar berasal dari Selangor itu berkongsi detik bahagia bersama keluarganya setelah menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada universiti berprestij dunia itu.

Mengambil peluang untuk menghargai pengorban yang dilakukan oleh keluarganya, Andrew turut berkongsi kisah silam keluarganya.

“Nenek saya meneruskan hidup dengan memakan akar tumbuh – tumbuhan ketika Jepun menjajah Malaya manakala emak pula mula bekerja ketika berusia sembilan tahun untuk menyara keluarga.

“Minggu lepas, cucu dan anak kepada dua wanita hebat ini bergraduasi di Harvard, ijazah Harvard saya adalah ijazah milik keluarganya,”tulisnya.

Sehingga kini perkongsian bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya itu mendapat lebih 1,200 tanda suka yang turut diiringi ucapan tahniah.

Tulis Andrew, hari konvokesyennya juga merupakan detik istimewa kerana buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun, seluruh ahli keluarganya ‘bersatu’.

“Saya sangat berbangga bersama keluarga, memakai baju Melayu yang melambangkan identiti negara dan sudah tentu berbangga mewakili Malaysia untuk berkongsi kisah saya,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.