Pusat Komuniti Digital Sungai Tulai Bintangor anjur dua program pembelajaran digital

Spread the love

KUCHING, 9 Jun : Pusat Komuniti Digital Sungai Tulai, Bintangor akan menganjurkan dua program berteraskan digital dalam usaha memperkasa pelajar sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022.

Menurut pusat berkenaan, dua program itu ialah Smart Digital Program (Google Form Workshop) dan Create Your Own Animated Video (PowToon) yang masing-masing akan berlangsung pada 13 dan 17 Jun ini.

“Objektif program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran digital yang sangat penting sebagai persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaaan.

“Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran, komunikasi dan teknologi digital terkini,” jelas pusat berkenaan.

Antara yang akan diberi tumpuan termasuklah penggunaan aplikasi digital membabitkan Google Forms untuk tinjaun mengenai pembelajaran dalam talian.

Sementara itu program kedua pula akan membimbing peserta meningkatkan kecekapan dalam teknologi maklumat dan pengeluaran kandungan media seperti menghasilkan video di Youtube dan pelbagai media sosial lain. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.