Colombia temui kapal karam ‘berisi’ harta karun bernilai bilion dolar

Spread the love

BOGOTA, COLOMBIA, 9 Jun : Kerajaan Colombia memulakan usaha menaikkan dua kapal purba yang karam bersama harta karun yang dianggarkan mencecah nilai bilion dolar.

Kapal – kapal berkenaan dipercayai karam pada 1708 berhampiran Pelabuhan Cartegena.

Presiden Colombia, Ivan Marquez berkata, kapal jenis galleon itu ditemui oleh tentera laut negara berkenaan yang melaksanakan misi di dasar laut untuk mengesan kapal – kapal lama yang karam pada era perang.

“Pasukan tentera menggunakan kenderaan dasar laut yang berupaya ‘menyelam’ pada kedalaman 900 meter untuk mengesan bangkai kapal berkenaan,”katanya seperti dilaporkan Reuters.

Antara barangan berharga yang dipercayai ‘tersimpan’ dalam kapal – kapal karam itu termasuklah jongkong emas dan syiling, meriam buatan Seville pada 1655 dan pinggan mangkuk buatan China yang bernilai tinggi.

Sekiranya berjaya ‘dinaikkan’, pihak berkuasa merancang untuk mempamerkan kapal berkenaan di muzium. -TVS





Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.