Sarawak peruntuk RM353 juta hadiah untuk pembangunan Kapit

Spread the love

KAPIT, 6 Jun : Kerajaan Sarawak memperuntukan RM353 juta untuk melaksanakan projek pembangunan terperinci di daerah ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan tersebut adalah ‘hadiah’ untuk membangunkan kawasan Kapit dengan kemudahan yang lebih selesa seiring dengan kemajuan yang berlaku di kawasan ini.

“Sebagai tanda untuk mengucapkan terima kasih kepada orang Kapit dan menyelesaikan isu kesesakan jalan raya di sini , kerajaan akan menaiktaraf jalan raya di seluruh bandar Kapit dengan peruntukan RM190 Juta kita luluskan bersempena Hari Keputeraan Agong pada kali ini dan ini adalah hadiah untuk orang Kapit,” kata Abang Johari.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari peruntukan keseluruhan berjumlah RM353 Juta itu juga meliputi jaringan jalan raya di kawasan Song (RM105 Juta) dan keperluan grid elektrik ke kawasan Sungai Tunoh (RM53 Juta).

Pada majlis tersebut Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak dan rakyat di negeri ini memohon untuk menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Tuanku.

“Semoga Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan keluarga sentiasa dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu. Daulat Tuanku” -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.