Lelaki maut motorsikal bertembung kenderaan pacuan empat roda

Spread the love

SANDAKAN, 6 Jun : Seorang lelaki maut apabila motorsikal ditunggangnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata kemalangan itu dilaporkan berlaku lebih kurang pukul 5 petang di kawasan lampu isyarat Batu 2, Jalan Utara.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan penunggang motorsikal Muhammad Ifwat Mohamad Bakhari, 24, maut manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda berumur 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda itu bergerak dari arah Batu 12 menuju ke Hospital Duchess of Kent dan telah bertembung dengan motorsikal mangsa yang bergerak dari arah bertentangan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya memohon kepada saksi bebas yang melihat kejadian itu agar tampil ke Cawangan Trafik IPD Sandakan bagi memberi keterangan dan membantu siasatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes (Inspektor Rodhi Wong 016-8657446).

Siasatan kes tersebut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.