Gadis OKU dakwa dirogol bapa tiri dan warga asing

Spread the love

JULAU, 6 Jun : Dua individu ditahan kerana didakwa mencabul dan merogol gadis berusia 14 tahunyang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, ibu mangsa membuat laporan polis pada 5 Jun mendakwa dua lelaki terbabit mencabul dan merogol anak perempuannya tersebut.

“Pengadu memberitahu bahawa salah seorang suspek adalah warga asing manakala seorang lagi merupakan bapa tiri mangsa yang juga orang tempatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, polis telah menahan kedua-dua suspek berusia awal 50-an pada hari yang sama sejurus selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kali pertama mangsa dipercayai dirogol oleh lelaki warga asing terbabit pada hujung Mei lalu.

“Mangsa juga mendakwa dirinya juga dicabul oleh suspek warga asing itu pada Sabtu lalu dan bapa tirinya pernah melakukan hubungan seks dengannya sebelum ini namun terlupa tarikh kejadian,” katanya.

Andam berkata, Mahkamah Majistret Sarikei telah meluluskan permohonan reman tujuh hari ke atas kedua-dua suspek dan kini ditahan di lokap polis.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 376 dan 376b Kanun Keseksaan.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun manakala bagi Seksyen 376B, ia memperuntukan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

“Saya berharap masyarakat akan bersama-sama bertanggungjawab dalam menangani jenayah rogol dan keganasan seksual secara berkesan di daerah Julau,” tambahnya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.