Rangka manusia ditemui dalam perut bangkai buaya di Trombol

Spread the love

KUCHING, 5 Jun : Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan tulang manusia di dalam perut bangkai buaya di Kampung Nyabut, di sini petang tadi.

Menurut SFC, bangkai buaya jantan seberat 300 kilogram (kg) dengan kesan rahang patah yang dipercayai telah mati sejak tiga hari lepas ditemui oleh Swift Wildlife Action Team (SWAT).

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengesahan sama ada buaya sepanjang 15 kaki itu ‘terlibat’ menyerang seorang kanak – kanak lelaki berusia tujuh tahun pada 12 Mei lepas di kampung berkenaan yang masih belum ditemui sehingga kini.

Baca > > > Kanak-kanak lelaki dibaham buaya ketika mengambil air di sungai

“Ini kerana pihak berkuasa perlu melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan perkara itu,”jelas SFC menerusi kenyataan media hari ini.

Penemuan Bangkai Buaya Seberat 300kg di Kampung Nyabut, TrombolPasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) SFC giat…

Posted by Sarawak Forestry Corporation on Sunday, 5 June 2022
Penemuan bangkai buaya seberat 300 kilogram di Kampung Nyabut, Trombol. Kredit: SFC

Dalam perkembangan berkaitan, SFC memaklumkan SWAT kini giat menjalankan usaha memburu buaya yang mengganas di beberapa lokasi termasuk di Trombol dan Lundu.

Baca >>>  Kakak trauma lihat adik diterkam buaya

SFC merupakan badan pengawal-selia yang diberi mandat kuasa di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, selain mempunyai kepakaran dalam tugasan berkaitan buaya. 

“SFC ingin mengingatkan orang awam bahawa kerja-kerja pemburuan dan penangkapan buaya perlu diserahkan kepada pihak kami.

“Orang ramai tidak boleh mengambil tindakan sendiri kerana ia sangat berbahaya,” jelas SFC. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.