Bau busuk bongkar kes lelaki bunuh, kerat mayat ibu

Spread the love

IPOH, 5 Jun: Bau busuk membawa kepada penemuan 15 keratan bahagian badan seorang wanita warga emas dalam tangki kumbahan dipercayai dibunuh anak lelakinya, di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya bergegas ke rumah mangsa berusia 68 tahun itu untuk membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan bau busuk luar biasa daripada jiran sekitar.

Baca > > > Mayat warga emas dikerat, dibuang di dalam tangki kumbahan

“Pemeriksaan di bahagian belakang rumah kemudian menemukan potongan mayat di dalam saluran najis yang ditutup menggunakan papan kayu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Malaysia Sports League Daerah Kinta 2022 di X Park Sunway City di sini yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata pihak polis sebelum ini menerima laporan daripada anak perempuan mangsa mengenai kehilangan ibunya pada 28 Mei lepas dan siasatan dibuka sebagai kes orang hilang.

“Kita yakin suspek mempunyai masalah mental dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.