Sarawak sokong penganjuran sukan perlumbaan jet ski

Spread the love

KUCHING, 4 Jun : Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) memberi sokongan padu kepada penganjuran sukan lasak seperti jet ski di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penganjuran sukan sedemikian dilihat mampu meningkatkan indeks kesejahteraan serta kegembiraan komuniti.

Katanya, penganjuran aktiviti sedemikian selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak yang menyasarkan untuk mencapai indeks kesejahteraan dan kegembiraan komuniti yang tinggi.

“Bagi kementerian, kita melihat sukan ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim. Ini baik kerana ia menyumbang kepada kesejahteraan dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hari melepaskan perlumbaan Solidarity Jet Ski Tour di Tebingan Kuching di sini hari ini.

Berhubung acara itu, Fatimah berkata, ia telah bermula pada 1 Jun dengan penglibatan daripada tiga buah kelab Jet Ski iaitu Kelab Jet Ski Dalat, Kelab Jet Ski Kuching dan Kelab Sukan Rekreasi Pulau Li Hua, Sibu.

Lebih menarik perjalanan peserta jet ski untuk sertai perlumbaan hari ini bermula di Batang Oya, Sungai Kut, Batang Igan seterusnya melalui Batang Rajang sebelum memasuki Laut China Selatan untuk sampai ke Kuching. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.