Malaysia gesa kerjasama yang lebih baik dari negara pengeksport sisa – Tuan Ibrahim

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga semalam.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.

“Kami (Malaysia) memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah ini. Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya.

Sementara itu, Malaysia turut menegaskan akan kepentingan menguruskan stok simpanan bahan kimia secara mesra alam agar ia tidak menjadi isu baharu bagi negara membangun pada masa hadapan. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.