Jerman : Tiga maut kereta api tergelincir

Spread the love

BERLIN, 4  Jun : Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Punca kejadian masih disiasat. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.