Tragedi Tulsa: Suspek beli senjata untuk bunuh doktor yang merawatnya

Spread the love

WASHINGTON, 3 Jun: Suspek tragedi tembakan di sebuah hospital tempatan di Tulsa, Oklahoma dikatakan telah membeli senapang separuh automatik jenis AR-15 untuk membunuh doktor yang pernah merawatnya.

Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin pada Khamis berkata suspek membunuh Dr Preston Phillips yang telah melakukan pembedahan ke atasnya dan menyalahkan doktor itu atas kesakitan yang ditanggungnya selepas pembedahan.

Insiden berlaku pada Rabu mengakibatkan lima orang terbunuh, termasuk suspek, menurut Sputnik.

“Kami mendapat maklumat bahawa pada 2 petang, 1 Jun, Louis telah membeli senapang separuh automatik jenis AR-15, pistol Smith & Wesson, pada 29 Mei di kedai pajak gadai tempatan.

“Polis turut menemukan sepucuk surat yang ditulis suspek mengenai niatnya untuk membunuh Dr Phillips dan sesiapa sahaja yang menghalangnya,” kata Franklin pada sidang media.

Pada 19 Mei, lelaki itu menjalani pembedahan di bahagian belakang badan yang dilakukan Dr Phillips dan dibenarkan keluar hospital pada 24 Mei.

Selepas itu, Louis dikatakan telah beberapa kali menghubungi pihak hospital berikutan kesakitan yang masih dialaminya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.