5 menu tradisional Sarawak bakal masuk senarai Makanan Warisan Kebangsaan

Spread the love

KUCHING, 3 Jun : Lima makanan kegemaran tradisional Sarawak akan disenaraikan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, makanan tersebut adalah laksa Sarawak, mi kolok, burasak, borongko (kuih bongkol) dan nuba laya.

Katanya, dua daripada makanan tersebut iaitu burasak dan borongko atau kuih bongkol ialah makanan tradisi masyarakat Bugis, manakala Nuba Laya ialah masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan tanah tinggi Bario.

Burasak iaitu makanan tradisi masyarakat Bugis bakal tersenarai dalam Makanan Warisan Kebangsaan. Foto: Nurul Amarlina

Sebelum ini, sembilan makanan kegemaran rakyat Bumi Kenyalang telah disenaraikan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan.

“Sembilan makanan warisan Sarawak yang sudah disenaraikan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan ialah manok pansoh, hinava atau umai dan bubur pedas Sarawak yang diisytiharkan pada 2009, sayur midin goreng, kek lapis Sarawak, kelupis, tebaloi dan celorot yang diisytihar pada 2015 dan penyaram pada 2018,” katanya.

Nuba Laya ialah makanan tradisi masyarakat Kelabit di kawasan tanah tinggi Bario. Foto: TripAdvisor

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Festival Makanan Malaysia 2022 ‘Nang Nyaman’ di Kraftangan Malaysia Sarawak di Petra Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 213 makanan di negara ini disenaraikan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.