Minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM135,000 dirampas

Spread the love

KUCHING, 1 Jun: Sepasukan anggota Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Kuching, dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, telah berjaya merampas sejumlah minuman keras pelbagai jenama dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di Kota Samarahan hari ini.

Menurut Komander PPM W5 Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali, sewaktu operasi pemeriksaan dijalankan, pihaknya telah menjumpai minuman keras pelbagai jenama disyaki tanpa cukai kastam dan pelekat setem dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Serbuan mendapati dua individu, iaitu seorang lelaki warga Afrika dan seorang perempuan tempatan berbangsa Iban yang dipercayai pasangan pemilik (premis).

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM135,868.46. Barangan rampasan telah diserahkan kepada IPD Samarahan untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.