Tanam ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut lima hari

Spread the love

KUANTAN, 30 Mei: Reman anak lelaki bekas diplomat yang didakwa menanam ganja di Janda Baik, Bentong yang tamat hari ini, dilanjutkan lima hari, kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar. 

Beliau menerusi kenyataan ringkas hari ini, mengesahkan polis berjaya memperoleh reman kali kedua bermula esok hingga 4 Jun ini. 

Pada Selasa lepas, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan penahanan seorang bekas diplomat berstatus ‘Datuk’ pada 21 Mei lepas, kerana disyaki menanam ganja di sebuah kampung di Janda Baik. 

Pada serbuan itu, polis menemukan 102 pokok disyaki ganja yang dikatakan rampasan ganja terbesar dalam negara setakat ini. 

Penahanan bekas diplomat berusia 78 tahun itu seterusnya membawa kepada penahanan anak lelakinya berusia 53 tahun pada Isnin lepas, di Shah Alam, Selangor. 

Bagaimanapun, bekas diplomat itu dibebaskan pada Sabtu lepas, selepas polis gagal memperoleh reman kali kedua daripada Mahkamah Majistret Bentong. 

Siasatan dijalankan dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.