JKR: Kerosakan jambatan Mukah sedang dinilai dan akan dibaiki

Spread the love

MUKAH, 30 Mei : Jabatan Kerja Raya (JKR) Mukah kini sedang meneliti kerosakan yang berlaku di Jambatan ‘kuning’ Mukah yang dipercayai akibat dirempuh sebuah tongkang.

JKR Mukah menerusi satu kenyataan berkata, laluan pejalan kaki di bahagian yang mengalami kerosakan telahpun ditutup.

“Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, JKR Mukah telah mengarahkan Syarikat Konsesi Jalan untuk segera mengalihkan semua serpihan, konkrit yang longgar dan juga susur tergantung dari laluan pejalan kaki jambatan yang terjejas.

“Untuk penilaian awal, kita kini sedang mendapatkan bantuan Syarikat Konsesi Jalan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dan semakan struktur jambatan,” kata kenyataan terbabit.

Bagi proses pembaikan pula, ia akan bermula setelah penilaian keseluruhan jambatan selesai.

Kawasan terjejas adalah kira-kira 1.2 meter x 10.0 meter termasuk susur tangan keluli di bahagian tengah (Sebelah Kiri dari Mukah ke Balingian).

Bagaimanapun, kerosakan yang terjadi tidak mengakibatkan keseluruhan struktur jambatan dan ia masih selamat untuk dilalui oleh semua jenis kenderaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.