Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Keamaatan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 Mei : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sabah hari ini.

Istana Negara menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi menyatakan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan yang bermakna kepada masyarakat Kadazandusun itu akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Selamat Menyambut Pesta Kaamatan,” menurut hantaran itu.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok, sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.