Suri rumah dibunuh teman lelaki anaknya – Polis

Spread the love

SANDAKAN, 29 Mei : Seorang wanita warga Indonesia mati dipercayai akibat dibunuh oleh teman lelaki anaknya dalam kejadian di Apartment Taman Sentosa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian kira – kira pukul 5.00 petang itu, suspek telah datang ke rumah mangsa untuk bertemu anaknya.

Katanya, berlaku pertengkaran membabitkan tiga individu itu dan suspek dipercayai mengelar bahagian leher mangsa.

“Anak suspek turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan manakala mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 31 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Sandakan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.