Pemilihan PKR : Hans Isaac tumbang di Ampang

Spread the love

KUCHING, 29 Mei : “Tak faham macam mana”.

Demikian reaksi aktor, Hans Isaac selepas tewas dalam percubaannya untuk mengisi jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang hari ini.

Menerusi keputusan yang diumumkan di laman web pemilihankeadilan2022,  pelakon filem Ringgit Kasorrga itu menerima 602 undi, ketinggalan kepada pemenang, Daing Muhammad Reduan Bachok yang mendapat 942 undi.

Seorang lagi anak seni, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad turut kecundang dalam perebutan jawatan berkenaan apabila menduduki tempat ketiga dengan undian sebanyak 589.

Kenyataan Hans, 50, menerusi kemaskini di instastory Instagramnya dimuat naik kira – kira tiga jam lalu iaitu selepas keputusan diumumkan.

Pada entri seterusnya, Hans yang sebelum ini ‘dikaitkan’ sebagai calon PKR untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengucapkan tahniah kepada Daing Muhammad Reduan.

“Tahniah Daing,” tulis ringkas sambil berkongsi tangkap layar Facebook Ketua Cabang baharu ampang itu.

Selain menjadi kawasan tumpuan kerana pemilihan Ampang ‘disertai’ artis popular, PKR dilihat mempunyai misi yang lebih besar iaitu memastikan kawasan yang mempunyai pengundi berdaftar lebih 100 000 orang kekal di pihak mereka.

Pada 2008, PKR menang kerusi berkenaan buat kali pertama menerusi Datuk Zuraidah Kamarudin yang kemudian mempertahankan pada 2013 dan 2018.

Pada 2020, Zuraidah mengumumkan keluar parti itu apabila ‘dilihat’ menjadi Ahli Parlimen ‘yang rapat’ dengan Bersatu dan seterusnya menyokong Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baharu selepas kejatuhan Pakatan Harapan yang ditunjangi PKR. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.